Assalamualaikum..semua.
Tahun 2015 ini perlu diingati..seminggu sebelum raya ( hari raya 17 Julai 2015 )... Kami berpindah ke rumah baru.Kali pertama masak untuk ngunjung raya...
2 tahun sebelum tu adikku sebelah rumah pindah rumah...waktu tu ibu masih ada walaupun kurang sihat.
Memang hati ini gembira tapi sedih tak terhingga bila mengenang dia yang sudah tiada...
Alfatihah untuk arwah ibu yang sangat ku sayangi...sudah hampir 3 tahun beliau dipusara 2013 di bulan puasa , juga Alfatihah untuk arwah ayah yang hampir 13 tahun meninggalkan kami...2002 pertengahan tahun. Kenangan bertaut penghujung Disember 2002 bila arwah Muhammad Haziq mengikut jejak langkah atuknya...Tahun 1999 memori terpahat diingatan bila dia hanya sejam bersama ku selepas dilahirkan...Alfatihah untuk Muhammad dan Muhammad Haziq syurga anakku.
Apapun memang terasa sunyi sepi rupanya menjelang raya bila mereka sudah tiada...namun hidup perlu diteruskan bersama tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan ..Moga Allah memberi laluan mudah untuk kami adik-beradik mengurus Along dan moga Allah menempatkan kedua ibu bapaku di tempat orang2 yang beriman ...amin.
Catatan ikhlas...Im.
No comments:
Post a Comment