Madah berhemah ini menjadi pegangan :
Penakik pisau seraut
Ambil galah batang lintabung
Seludangjadikan nyiru
Setitik jadikan gunung
Sekepal jadikan gunung
Alam terbentang jadikan guru.
Kisah bermula seperti ini..
Tajuk cerpen : Untuk 3 Hari Disini
Nukilan : Shima Saharan
Matanya tidak alih dari memandang wajah pemimpin yang amat disayanginya itu. Dan kerana rasa sayang itulah dia terpaksa berdiam diri dan meredhakan sahaja apa yang bakal berlaku nanti. Andai tersalah pilihan dia sendiri juga yang akan terluka dan merana. Tapi pilihan apa yang dia ada? Shima menarik nafas dalam. Wajahnya berlagak tenang tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa perasaan marah dan geram bercampur aduk dalam hatinya kini.
Shima cuba memikirkan samada untuk anak didik atau keluarga. Shima membiarkan dirinya dilambung ombak seketika. Seperti hari biasa shima menuju ke pejabat setelah selesai mengajar di kelas Tahun 5. Sejurus sampai di pejabat, guru besar terus menyapa.
"Im, awak kena pergi kursus esok petang, kata guru besar . Ini suratnya. Baru dapat fax.Shima terus merenung tajam mata guru besar. dalam hati shima baru hendak duduk santai, dah kena pergi kursus. Baru teringin bermanja-manja dengan anak murid tahun 6, sudah kena pergi kursus. Bersabar didik diri shima dalam hatinya.
"Cikgu, saya ada urusan pada hari Jumaat, hari bersama pelanggan SM Sains Johor . Boleh saya ganti orang lain ?kata shima kepada guru besar. "Surat atas nama awak". kata guru besar. Shima terdiam sejenak. Guru besar menyerahkan surat panggilan kursus kepadanya.Saya yang menurut perintah. Didik diri shima dalam dirinya sekali lagi.
Shima segera menyiapkan tugasan yang perlu sediakan sebelum berkursus. Terus serahkan pada kerani untuk diambil tindakann selanjutnya. Sepetang itu, Shima termenung sendirian di rumah. Fikirannya mengenangkan suami dan anak nya yang perlu ditinggalkan sepanjang dia berkursus. Bukan apa, sudah lama tidak pergi berkursus berhari-hari ,jauh pulak . Masalahnya shima tidak berapa mahir untuk menuju ke tempat kursus tersebut.
" Assalamualaikum, saya dpt SK bukit tongkat, boleh bercakap dengan Fazila? Ya, saya bercakap. Shima menelefon cikgu yang sama-sama ingin berkursus, hajat hatinya untuk tumpang sekereta.namun cikgu tersebut menyatakan dia menarik diri dan telah menggantikan dengan guru yang lain Mila namanya. Shimaterus menghubungi Mila .Tidak berjawab, bergetar jiwanya.Fikirannya berkecamuk. Sebentar lagi suaminya pulang bersama anaknya. Di dapur masih kontang. Pasti perut anaknya berkeroncong.
Shima nmenarik nafas dalam sekali lagi, cuba mencari kekuatan. Biar dia dengar segala-galanya dulu daripada suami sebelum membuat keputusan.
Tiba-tiba bunyi hon kenderaan melantun ditelinga. Shima bingkas bangun menyelak jendela...
No comments:
Post a Comment