Thursday, August 29, 2013

Sehari Bersama Guru Kaunseling

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia...
SYUKUR...SYUKUR!! Dapat kembali semula ruangan kesayangan  ini sbb terlupe password...
Sebelum berbicara panjang, mohon kepada pembaca sejenak bertafakur Dan sedekahkan ALFATIHAH KHUSUS UNTUK ARWAH IBU  HJH NOOR SAMAH BTE HJ ACHIL yang telah kembali ke rahmatulllah genap 40 hari pada 28hb Ogos 2013..ALFATIHAH .AMIN..
Ibu telah meninggal dunia pada 18hb Julai khamis 2013, TARIKH  yang begitu keramat dan sukar dilupakan...Catatan sedih plak daaaaa..
Hari ini...
Kak Im menghadiri seminar Guru penyayang Dan Mentor Mentee ...banyak juga ilmu yang ditimba.Tn Hj. Rozman pun ada..ada beberapa tips yang diberikan, Katanya kalau kita mahu BAHAGIA, KITA HARUS MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN TERLEBIH DAHULU..
KALAU KITA INGIN KAYA, KAYAKAN ORANG TERLEBIH DAHULU...
KITA HARUS  BERSYUKUR dengan apa yang kita miliki , dengan kesihatan yang kita kecapi, dengan kehebatan yang kita ada...Dan apa yang paling penting kita BAHAGIA..Katanya lagi, Bahagia, bijak, sihat adalah milik ALLAH.. MAKA BERSYUKURLAH sekiranya kita memiliki semua ini....
HARI INI....
KATA-kata ini memberi semangat dan membuka minda Kak Im yang layu  sejak 2 bulan yang lepas.Tn. Hj.  memberi tips terapi diri yang amat mudah  sekiranya berada dalam keadaan murung atau kesedihan:
Terapi solat- dengan bersembahyang dan bangun malam
Terapi zikir- berzikir
Terapi Al Quran - membaca Alquran
Terapi doa- berdoa selepas solat

Selain itu..
3 perkara yang boleh diamalkan untuk mengatasi kesedihan :
a.Membaca Al Quran
b. Bangun malam Dan bersembahyang tahjudd
c.Menghadiri majlis ilmu...

Sukar untuk gambar kan kesedihan ini.....hanya tuhan yang mengetahui segala2nya...Betapa RINDUNYA KENANGAN BERSAMA IBU SEMASA HAYATNYA MASIH ADA....
Subhanalllah... Kepada Raman-rakan di luar sana yang MASIH ada IBU, BERBAKTILAH SELAGI HAYATNYA MASIH ADA,

1 comment: